Menurut kenyataan, video tersebut merupakan isu lama yang terjadi pada tahun 2019 dan sudah pun diselesaikan dengan baik.
Para pengguna media sosial adalah dinasihatkan supaya tidak berkongsi sewenang-wenangnya apa jua video yang tidak disahkan kebenarannya di mana ia boleh membawa kepada penyebaran maklumat yang salah, mengelirukan orang ramai dan mencemarkan reputasi sesebuah organisasi.
Dalam siaran akhbar yang pernah Careta laporkan sebelum ini, terdapat satu video yang tular di laman sosial di mana video tersebut memaparkan seorang pengguna lebuh raya yang meluahkan perasaan tidak puas hati kerana dikenakan caj tambahan akibat menggunakan dua kad TnG yang berbeza.