Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di kawasan itu dibuka.
Rawi turut memberi beberapa cadangan untuk menambah-baik Smart Lane.
1. Pemasangan lampu isyarat khas untuk memaklumkan Smart Lane dibuka.
2. Tukar jalur putih kepada warna lain untuk pengguna tahu itu ialah laluan Smart Lane.
3. Tulisan Smart Lane dicat pada permukaan jalan di kawasan itu.
4. Wujudkan menara tinjau atau pengawal bagi memantau penggunaan Smart Lane dan mengarahkan trafik untuk menggunakan laluan itu.
5. Perbanyakan lagi pengumuman di media sosial dan media arus perdana akan kewujudan Smart Lane.
Mungkin apa yang dicadangkan oleh Rawi itu ada benarnya? Kami juga kongsikan persoalan yang sama di media sosial X di bawah nama penulis (Hezeri Samsuri) dan ramai beri cadangan yang bagus-bagus.
Apa pendapat anda tentang cadangan beliau? Adalah Smart Lane berkesan?
Kongsikan bersama kami.