Netizen kecam PLUS atas kesilapan diri sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
PLUS Malaysia Berhad semalam mengeluarkan siaran akhbar untuk menerangkan insiden video kecaman seorang netizen yang mengakui pihak PLUS telah mengenakan caj tambahan kepada beliau.

Menurut PLUS, siasatan terus dilakukan selepas video itu mula tular dan selepas siasatan, pengadu didapati menggunakan kad yang berlainan ketika masuk dan keluar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengadu menggunakan kad TnG nombor siri 32466xxxxx dengan baki sifar ketika memasuki lebuhraya melalui Plaza Tol Southville City kira-kira jam 8.28 pagi.

Pengadu kemudian keluar dari lebuhraya di Plaza Tol UPM pada jam 8.39 pagi dengan menggunakan jad TnG nombor siri 41166xxxxx.

Kad yang digunakan semasa keluar tidak mempunyai data kemasukan lebuhraya dan kerana itu sistem palang tidak boleh dinaikan.

Pengadu kemudian telah cuba untuk menggunakan lorong lain dengan menggunakan kad asal (32466xxxxx) untuk keluar pada jam 8:44 pagi dan memandangkan ia tidak mempunyai baki, palang juga tidak dinaikkan.

Menurut PLUS, pengadu telah diberi penerangan tentang masalah terbabit oleh Penyelia plaza yang bertugas.

"Justeru, PLUS mengambil peluang ini agar pelanggan lebuhraya yang mempunyai lebih daripada 1 kad Touch 'n Go/PLUSMiles di dalam kenderaan masing-masing supaya sentiasa memastikan mereka menggunakan kad yang sama untuk masuk dan keluar dari lebuhraya bagi mengelakkan kesulitan dan caj penalti," nasihat PLUS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…