Sebagai info, ECE R22.06 merupakan kod standard piawaian homologasi terbaharu yang lebih ketat untuk topi keledar yang diiktiraf di Eropah, dan diguna pakai di negara-negara luar seluruh dunia.
Terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kriteria kelulusan ujian makmal bagi aspek seperti penembusan, impak linear berkelajuan tinggi serta impak sisi.
Menurut GIVI, biarpun dibangun mengikut piawaian yang ketat, helmet M35.0 SCUDO ini diinovasi mengikut bentuk kepala penunggang motosikal di negara Asia yang lebih bulat berbanding bentuk kepala orang Barat yang lebih lonjong.
Disebabkan itu, helmet terbaharu ini menampilkan rekaan kerangka bersaiz kecil (S, M, L) dan rekaan kerangka yang besar untuk pengguna bersaiz XL & XXL.
Antara ciri lain termasuklah dua jenis visor yang disediakan (visor anti-calar dan visor matahari), ciri bukaan cepat "Micrometric Quick Release Buckle", serta ventilasi udara di bahagian depan atas dan belakang.
Terdapat lapan pilihan grafik yang segar untuk dipilih seperti Solid Ice White, Solid Grey, Graphic Draco Black Red, Graphic Draco Yellow Blue, Graphic Kraken Neon Yellow, Graphic Torch Black Blue, Graphic Ventura Grey Yellow, dan Graphic Ventura White Blue.
Produk helmet GIVI M35.0 SCUDO akan berada di pasaran mulai September ini di GIVI Point dan pengedar sah GIVI di seluruh negara.
Kemaskini (29/08/2022): Harga jualan bermula dari RM365 untuk versi biasa, hingga RM410 untuk versi grafik.