Givi dan MotoWazi anjur kursus konvoi motosikal cara selamat

oleh HEZERI SAMSURI|
Motosikal semakin menjadi aktiviti riadah yang popular dan ribuan penunggang keluar beramai-ramai pada hujung minggu.

Menunggang dalam jumlah yang ramai memang menyeronokkan, tetapi ia juga boleh menjadi bahaya sekiranya tidak ada ilmu yang betul.

Atas dasar itu, Givi Asia dan MotoWazi mengadakan kursus menunggang motosikal dengan cara yang selamat apabila berada di dalam konvoi minggu lalu di perkarangan Stadium Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kursus yang dibuka kepada orang awam dan menumpukan latihan kepada cara-cara menunggang berkelompok dengan cara yang selamat.

Tugas dan fungsi marshal, ketua konvoi, sweeper dan seterusnya dibincangkan oleh ketua jurulatih MotoWazi, Wazi Abdul Hamid.

 

 

Wazi menegaskan juga peserta konvoi tidak boleh melanggar undang-undang trafik, seperti menahan kenderaan lain di atas jalanraya.

Selain dari itu, penjagaan keselamatan peserta-peserta di dalam konvoi juga ditekankan. 

Menurut Samir Sharman, Ketua Unit Pemasaran Givi Asia, pihaknya memang bercadang untuk mengembangkan lagi kursus ini bagi meliputi semua tahap.

"Kami juga bercadang untuk menganjurkan kursus ini di seluruh negara kerana Givi Asia percaya ini adalah cara yang terbaik bagi menyampaikan ilmu tentang keselamatan jalanraya ketika berkonvoi," ujarnya.

 

 

Seramai 40 peserta mengambil bahagian dengan bayaran RM80 untuk setiap seorang.

Wazi juga berkata menunggang di dalam jumlah yang besar memang merbahaya dan kerana itu latihan diperlukan.

"Walaupun konvoi motosikal ini ialah aktiviti riadah, ia boleh menjadi tragedi berdarah jika tidak dilakukan dengan betul dan berdisiplin," tegas Wazi.

Untuk mereka yang berminat menyertai kursus konvoi Givi ini masa akan datang, sila tunggu pengumuman di Facebook dan Instagram Givi Asia.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sebagai info, ECE R22.06 merupakan kod standard piawaian homologasi terbaharu yang lebih ketat…
Model Terbaharu
M10.1 ACQUA DEMI JET merupakan produk helmet yang serba ringan, menampilkan rekaan klasik-moden…
Berita Domestik
Penghasilan kotak simpanan ini merupakan hasil daripada kajian dan pembangunan yang berterusan,…