GIVI keluar helmet baharu - M10.1 ACQUA & M30.3 D-VISOR, bermula dari RM230

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar aksesori motosikal ternama di dunia, GIVI Asia melancarkan dua buah produk helmet baharu, iaitu M10.1 ACQUA dan M30.3 D-VISOR DEMI JET untuk pasaran Malaysia.
M10.1


M10.1 ACQUA DEMI JET merupakan produk helmet yang serba ringan, menampilkan rekaan klasik-moden dan stail vintaj serta dilengkapi dengan sistem buckle Micrometric

Terdapat penawaran empat warna baharu iaitu Graphic Lava Black, Graphic Lava Cream White, Soda Metallic Black dan Soda Metallic Fuchsia dan boleh didapati dalam saiz S hingga XL.

 


Selain daripada itu, GIVI turut menambah edisi baharu M30.3 D-VISOR JET HELMET ke dalam koleksi sedia ada hasil daripada teknologi dan pembangunan sistem perlindungan kepala (Head Protection System HPS).

Helmet ini turut dilengkapi dengan sistem ruang aliran udara yang mencukupi untuk keselesaan dan mengurangkan kesan kabus ketika tunggangan dalam musim hujan.

 


Salah satu ciri yang ditekankan adalah fungsi visor berkembar yang mampu melindungi penglihatan daripada silau mentari.

Tiga warna baharu diperkenalkan untuk M30.3 D-VISOR JET HELMET iaitu Graphic Echo Neon Yellow, Graphic Echo Red dan Solid Black.

 

 


Harga jualan untuk M10.1 ACQUA bermula dari RM230.00 manakala M30.3 D-VISOR pula dari RM312.00 bergantung kepada warna yang ditawarkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kursus yang dibuka kepada orang awam dan menumpukan latihan kepada cara-cara menunggang berkelompok…
Berita Domestik
Penghasilan kotak simpanan ini merupakan hasil daripada kajian dan pembangunan yang berterusan,…
Berita Domestik
Namun, seperti perniagaan yang lain, GIVI POINT juga turut tertakluk kepada garis panduan dan SOP…