Koleksi terbaharu itu menampilkan kombinasi tiga bahan yang berbeza, iaitu getah, keluli dan Carbonox™ (RSC) pada empat produk jam tangan yang unik.
Semenjak jam tangan SEAL pertama diperkenalkan, Luminox telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan pasukan US Navy sebelum menjadi rakan rasmi Navy SEAL Foundation.
Ia membawakan reka bentuk ikonik kura-kura pada perlindungan komponen cron, dan setiap satu jam tangan ini menggunakan casis keluli tahan karat 316L dengan satu opsyen keluli salutan hitam.
Rekaan bezel diperbuat daripada bahan CarbonoxTM, sementara tali jam pula diperbuat daripada bahan getah kecuali satu daripadanya menggunakan tali jam keluli.
Berbanding penawaran terdahulu, koleksi terkini Navy SEAL ini mempunyai pengurangan berat badan hampir 20 peratus.
Tidak ketinggalan, teknologi pencahayaan kendiri Luminox Light Technology (LLT) yang membolehkan masa dibaca di dalam apa jua kondisi cahaya untuk tempoh sehingga 25 tahun.
Harga jualan untuk seutas jam tangan Navy SEAL RSC ini bermula dari S$895 hingga S$1,065 (RM2,825-RM3,361).