Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam perak, atau edisi terhad Bronze Sport Timer Automatic dengan casis berwarna gangsa, dan rekaan dial/bezel berwarna biru gelap.

Jam tangan edisi terhad itu turut didatangkan dengan pilihan tali jam kulit perang atau tali jam getah navy blue.
Menurut Luminox, hanya 688 unit sahaja jam tangan Bronze Sport Timer akan dihasilkan untuk pasaran global, di mana angka 688 itu diambil daripada tradisi hadiah gangsa yang digunakan untuk sambutan ulang tahun yang kelapan.

Kesemua jam Luminox Sport Timer membawakan binaan casis keluli tahan karat 42 mm, sistem pergerakan automatik Swiss oleh SELLITA, penutup belakang casis jenis telus pandang, serta fungsi paparan tarikh.
Sama seperti kebanyakan jam tangan Luminox lain, Luminox Sport Timer Automatic ini turut menampilkan Luminox Light Technology dengan ketahanan selama 25 tahun.

Luminox Sport Timer Automatik dijual pada harga bermula dari RM8,820, sementara jam tangan edisi terhad Bronze Sport Timer pula berharga RM9,470.