Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls menawan Gunung Everest pada tahun 1998, yang kini memasuki ulang tahun yang ke-25.

Jam tangan edisi terhad itu menampilkan muka dial berwarna putih, tali jam deep blue, dan struktur mahkota (crown) berwarna merah yang menyamai warna bendera Nepal.
Sementara penutup belakang pula dihiasi dengan ukiran Gunung Everest, logo Bear Grylls dan nombor siri di mana sebanyak 800 unit sahaja yang akan dilancarkan untuk satu dunia.

Angka "8848M" yang terdapat pada muka dial pula merujuk kepada ketinggian sebenar Gunung Everest.
Akhir sekali, jam tangan edisi terhad ini turut didatangkan dengan besi bull bar yang boleh ditanggalkan.
Tiga lagi jam tangan dalam koleksi 3730 Series ini didatangkan dengan rekaan dial hijau/hitam, jingga/hitam atau Sand/hitam, serta mahkota berwarna jingga.

Luminox Bear Grylls Mountain 3730 Series ini membawakan binaan casis CarbonoxTM 43 mm, sistem pergerakan Quartz yang dilindungi kaca sapphire, tali jam getah dan mempunyai ketahanan kalis air sedalam 200 meter.
Sistem pencahayaan kendiri Luminox Light Technology pula memastikan jam ini mudah dibaca di bawah apa jua keadaan cuaca sehingga 25 tahun lamanya.
Luminox Bear Grylls Mountain 3730 Series dijual pada harga bermula dari RM3,035, sementara edisi terhad pula berharga RM3,345.