Ujian berlangsung selama kira-kira 10 minit, bermula 4.45 pagi waktu tempatan pada Isnin (19:45 GMT pada Ahad), menurut JCS.
Sementara itu menurut kenyataan Komando Indo-Pasifik AS ujian itu melibatkan satu peluru berpandu AS dan tujuh peluru berpandu Korea Selatan.
Selain itu, AS juga melakukan latihan peluru berpandu balistik bersama dengan Jepun.
Pyongyang dilaporkan telah menguji sebanyak lapan peluru berpandu balistik jarak dekat, termasuk jenis KN-23, dari empat lokasi berbeza ke arah Laut Jepun pada Ahad. Ujian peluru berpandu itu adalah yang ke-18 dilakukan Korea Utara sejak awal tahun ini.