Jepun pertimbang guna peluru berpandu hipersonik menjelang 2030

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pertahanan Jepun mempertimbangkan penggunaan peluru berpandu hipersonik menjelang 2030, bagi meningkatkan keselamatan dengan memperhebat keupayaan serangan balasnya.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Laporan dari Nikkei melaporkan bahawa kementerian tersebut sedang giat memperkasa keupayaan balas, berikutan pencerobohan Russia ke Ukraine yang mengubah persekitaran keselamatan global dan siri pelancaran peluru berpandu Korea Utara serta pergerakan tentera China yang mengancam Jepun.

 

Katanya, peluru berpandu hipersonik boleh terbang sekurang-kurangnya lima kali lebih pantas berbanding kelajuan bunyi dan pada trajektori kompleks, yang sukar dipintas.

 

Jepun merancang menyemak semula strategi keselamatan negaranya dan kertas pertahanan utama yang lain menjelang akhir tahun ini.

 

Nikkei melaporkan, pendirian negara itu terhadap keupayaan serangan balas dan peluru berpandu hipersonik mungkin dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

 

Laporan itu menyebut, satu idea adalah Jepun boleh menggunakan peluru berpandu jarak jauh di tiga negeri dengan mendapatkan Tomahawk buatan Amerika Syarikat (AS), langkah pertama untuk meningkatkan keupayaan serangan balasnya.

 

diagram

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ujian berlangsung selama kira-kira 10 minit, bermula 4.45 pagi waktu tempatan pada Isnin (19:45…
Berita Global
  Menurut siaran akhbar dari JIT, pihak itu masih terus menyiasat untuk mencari kebenaran,…
Berita Global
Hakim dalam perbicaraan terhadap tiga warga Russia dan seorang Ukraine atas bencana yang…