5 menteri luar negara hormati tahun ketujuh tragedi MH17

oleh HEZERI SAMSURI|
Lima menteri luar dari Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine telah mengeluarkan pengumuman rasmi bersama untuk menghormati tahun ketujuh tragedi MH17 yang berlaku pada 17 Julai, 2014 lalu.

Kelima-lima negara itu adalah ahli Pasukan Penyiasatan Gabungan (JIT) yang masih menyiasat insiden tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut siaran akhbar dari JIT, pihak itu masih terus menyiasat untuk mencari kebenaran, keadilan dan mereka yang bertanggung-jawab di dalam kekejaman tersebut.

JIT juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang memberi bantuan dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

Penerbangan pesawat MH17 milik MAS ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

Pesawat itu sedang melalui kawasan udara Timur Ukraine bila dipercayai ditembak dengan peluru berpandu "surface to air" oleh pemberontak pro Rusia. 

Kesemua penumpang termasuk anak kapal seramai 298 orang terkorban dalam tragedi negara itu. - Bernama}

 

Berita Berkenaan

Berita Global
"Sejak Mei 2018 kami beranggapan bahawa Persekutuan Rusia bertanggungjawab di bawah undang-undang…
Berita Global
Hakim dalam perbicaraan terhadap tiga warga Russia dan seorang Ukraine atas bencana yang…
Berita Global
Cebisan hadapan pesawat itu yang ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 dengan mengakibatkan…