Volvo Cars catat hasil dan keberuntungan tinggi tahun 2021!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo XC40 Recharge
Volvo XC40 Recharge
Volvo Cars pada 11 Februari mengumumkan prestasi kewangan syarikat dan menariknya berjaya mencatatkan hasil (revenue) dan keberuntungan (profitability) tertinggi sepanjang tahun 2021.

Permintaan kenderaan kekal kukuh dengan pertambahan jualan meskipun industri automotif menghadapi cabaran kekurangan pembekalan komponen. 

Hasil syarikat pada tahun 2021 berjumlah SEK 282 bilion (RM126.52 bilion) berbanding SEK 262.8 bilion (RM 117.9 bilion) pada tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo Cars Northvolt

 

Pendapatan operasi tahun 2021 pula meningkat kepada SEK 20.3 bilion (RM 9.11 bilion) daripada SEK 8.5 (RM 3.81 bilion) pada tahun sebelumnya.

Margin kendalian (operating margin) adalah sebanyak 7.2 peratus.

Walaupun mencatatkan prestasi cemerlang, syarikat mengalami penurunan pada sukuan keempat. 

Hasil syarikat turun enam peratus kepada SEK 80.1 bilion (RM 35.94 bilion) berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Volvo Cars

 

Di sebalik penurunan tersebut permintaan dan pengambilan pesanan kekal kuat namun terhalang disebabkan cabaran dalam pengeluaran.

Angka jualan pada suku keempat jatuh 20 peratus berbanding suku keempat 2020.

Jumlah rendah dibalas timbal dengan realisasi harga yang kuat dan peralihan kepada model margin tinggi.

Pendapatan operasi adalah sebanyak SEK 3.7 bilion (RM 1.66 bilion) mewakili margin kendalian 4.6 peratus.

 

Volvo XC60 Recharge R-Design

 

Untuk tahun 2022, syarikat menjangkakan permintaan pelanggan akan terus kuat termasuk pertambahan jualan kenderaan elektrik seterusnya mempengaruhi prestasi jualan keseluruhan tahunan.

Volvo Cars sekarang ini sedang mempertingkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan elektrik kepada 150,000 unit.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

 

Volvo Concept Recharge

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…