Volvo Accident Ahead Alert, fungsi baharu maklumkan kemalangan di depan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo EX40
Volvo EX40
Aplikasi navigasi telefon pintar mempunyai fungsi untuk pengguna memaklumkan dan dimaklumkan tentang kemalangan di hadapan.

Volvo Car pula melengkapinya terus ke dalam kenderaan melalui sistem Accident Ahead Alert baharu.

Sistem itu berfungsi dengan kereta memberi peringatan tentang kemalangan di depan untuk pemandu berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya.

Accident Ahead Alert menggunakan maklumat masa nyata dari pusat pengurusan trafik dan bakal tersedia untuk kereta Volvo yang bersesuaian di Eropah dan bermula di Denmark.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo Accident Ahead Alert

 

Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan kesesakan jalan raya akibat kemalangan di depan. 

Sistem itu direka bagi memperingatkan pemandu tentang kemalangan yang berlaku hingga beberapa ratus meter di hadapan dengan serta-merta.

Maklumat lokasi disediakan oleh pihak berkuasa jalan raya dan model kereta yang sepadan bermula dengan Volvo.

Teknologi keselamatan berhubung Volvo Cars yang diperkenal pada 2016 menggunakan sistem awan Volvo dan berdasarkan maklumat masa nyata.

 

Volvo Accident Ahead Alert

 

Teknologi itu membolehkan kereta Volvo berkomunikasi di antara satu sama lain dan memperingatkan pemandu tentang jalan licin dan bahaya di kawasan berhampiran.

Menggunakan kaedah sama, pemandu boleh dimaklumkan tentang kemalangan di depan tanpa mengira waktu.

Volvo turut merancang untuk menyepadukan lebih banyak maklumat jalan raya yang dikongsi oleh rakan lain di dalam ekosistem Maklumat Keselamatan Jalan Eropah.

Perancangan itu termasuk pusat pengurusan trafik di negara lain dan kereta dari pelbagai pengeluar.

 

Volvo Accident Ahead Alert

 

Buat pemilik kereta Volvo, cara untuk berkongsi maklumat ringkas sahaja. Pemandu hanya perlu mengaktifkan fungsi 'connected safety' pada skrin tengah papan pemuka.

Kereta akan memaklumkan pemandu tentang kemalangan di depan menggunakan nyalaan lampu kecemasan pada papan pemuka atau papar pandu (HUD) pada cermin besar.

Sistem Accident Ahead Alert tidak terhad pada kereta-kereta baharu Volvo dan sudah tersedia di Denmark buat pemilik siri 90, 60 dan 40 bermula dari model tahun 2016 dan ke atas.

Sistem itu akan tersedia pada siri model yang sama di lebih banyak negara di Eropah tidak lama lagi.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volvo EX40