Menurut laporan daripada Nikkei, pengecualian tersebut dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat, di mana enjin gasolin masih lagi banyak digunakan untuk kenderaan jenis trak pikap.
Namun, di peringkat global, Nissan akan terus menumpukan perhatian kepada pembangunan kenderaan elektrik sahaja.
Ini sekaligus menjadikan Nissan sebagai pengeluar automotif Jepun yang pertama melaksanakan langkah drastik tersebut, memandangkan usaha untuk mengekalkan pembangunan enjin generasi baharu dilihat menelan belanja yang agak besar demi memenuhi standard pelepasan emisi dan regulasi yang semakin ketat.
Laporan itu turut menyebut Nissan akan menyalurkan bajet sebesar $5 bilion yang pada mulanya dikhaskan untuk pembangunan enjin bagi membangunkan teknologi EV.
Sumber: Nikkei Asia