Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT PCL Thailand.
Memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Foxconn termasuklah pelaburan dalam penghasilan bateri EV bersama Kementerian Pelaburan Indonesia, Syarikat Bateri Indonesia, PT Indika Energy dan juga pembuat skuter elektrik Taiwan, Gogoro.
Kerjasama itu ialah untuk menghasilkan satu ekosistem besar di Indonesia untuk sistem penyimpanan tenaga, stesen penukaran bateri dan proses kitar semula bateri.
Foxconn bercadang untuk membekalkan 10 peratus dari perkhidmatan dan komponen EV global menjelang 2025 hingga 2027.