Thailand lulus usahasama Foxconn-PTT bernilai RM4.58 bilion hasilkan bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
Lembaga Pelaburan (BoI) Thailand baru-baru ini meluluskan usaha sama antara Foxconn dan syarikat petroleum PTT Plc bernilai 36.1 bilion baht (RM4.58 bilion) bagi menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion baht di dalam pembuatan dan infrastruktur yang telah mendapat kelulusan pada Isnin lalu.

Setiausaha Agung BoI, Duangjai Asawachintachit berkata, "projek usaha sama ini akan menyokong pelaburan di dalam industri EV dan membina dasar untuk menjadi hab pengeluaran EV di Asia Tenggara.

Projek yang diluluskan turut merangkumi pelaburan bernilai 162.3 bilion baht oleh Asia Era One Co dalam projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan tiga lapangan terbang di Bangkok dengan Koridor Ekonomi Timur.

Lembaga itu juga turut meluluskan faedah yang dipertingkat untuk pelaburan di dalam produksi bateri EV bagi projek sedia ada dan projek baharu, termasuklah pengurangan sehingga 90 peratus duti import ke atas bahan mentah dan penting untuk tempoh lima tahun untuk barangan yang dijual secara domestik.

Sumber: Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…