Foxconn mahu bina kilang penghasilan cip EV di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: CNBC
Syarikat pembuat peranti pintar iPhone, Foxconn merancang untuk membina sebuah kilang penghasilan cip semikonduktor di Malaysia.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Menerusi memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex), sebuah kerjasama akan dibentuk bagi mengendalikan fasiliti penghasilan bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi terhadap cip semikonduktor yang digunakan dalam kenderaan elektrik.

Menurut laporan daripada Nikkei Asia, Foxconn memiliki kira-kira lima peratus pegangan di dalam DNex dan ini membolehkan syarikat itu memperoleh kawalan secara tidak langsung kepada kilang cip Silterra yang dinaungi oleh DNex di Malaysia.

Kilang baharu ini dijangka mampu menghasilkan wafer sebanyak 40,000 unit sebulan, termasuk cip teknologi 28 nm dan 40 nm yang banyak digunakan pada penderia, litar bersepadu, Wifi dan juga Bluetooth.

Lokasi sebenar pembinaan kilang ini masih lagi belum diumumkan.

Asia Tenggara merupakan lokasi pilihan bagi pengeluar cip yang mahu meningkatkan kapasiti pengeluaran, seperti contoh Globalfoundries (pengeluar nombor tiga dalam dunia) di Singapura, dan Infineon yang melabur sebanyak 2 bilion euro untuk mengembangkan lagi fasiliti di Kulim, Kedah.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion…
Berita Global
Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT…
Berita Global
Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan Ahad lalu mengumumkan Foxconn merancang untuk membangunkan…