Kapal terbang dirempuh kereta api (video di artikel)

oleh SALINA JALIL|
Pihak polis di Los Angeles terpaksa menarik keluar juruterbang yang mendarat kapal terbang secara tiba-tiba di landasan kereta api sebelum dilanggar.

Lapor Reuters, rempuhan itu menyebabkan serpihan pesawat itu bertebaran di jalanan.

Rakaman sebuah video yang diterima oleh Reuters menunjukkan beberapa petugas keselamatan berusaha mengeluarkan juruterbang itu dari pesawat selepas mendarat di kejiranan Pacoima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, anggota keselamatan dan juruterbang hanya berada dalam beberapa meter dari landasan tersebut sebelum kereta api itu merempuh pesawat tersebut.

 

Media tempatan melaporkan juruterbang itu berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami luka dan lebam.

 

Tiada penumpang yang tercedera dalam kereta api tersebut.

 

Video di bawah ini:

 

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…
Berita Global
  Menurut rakaman Tokyo Broadcasting System Television, kedua-dua pesawat itu masih berada di…
Berita Global
Senarai barangan itu merangkumi belon, pesawat layar, pesawat beserta alat ganti, payung terjun,…