Jepun larang eksport dron, permainan, produk keluli & aluminium ke Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Jepun telah menambah senarai barangan larangan eksport ke negara Rusia.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Senarai barangan itu merangkumi belon, pesawat layar, pesawat beserta alat ganti, payung terjun, kelengkapan yang digunakan untuk latihan penerbangan, dron serta alat gantinya, peralatan optik untuk tujuan penggambaran udara dan bawah laut, kompas serta peralatan navigasi.

Selain daripada itu, kerajaan Jepun turut melarang eksport produk keluli dan aluminium, dandang, penjana kuasa, gentian optik, basikal kanak-kanak serta barangan permainan.

Difahamkan, larangan eksport tersebut akan berkuatkuasa pada 7 April ini.

Jepun mengesahkan pendiriannya terhadap konflik Rusia-Ukraine dengan mengekalkan sekatannya terhadap Moscow.

Tahun lepas, Jepun telah membatalkan status perdagangan "negara yang paling digemari" Rusia dan ia akan kekal berkuat kuasa untuk tempoh satu tahun lagi, menurut Kyodo News.

Sumber: Bernama, Republic World

Berita Berkenaan

Berita Global
Honkon berhenti dan Ferrari itu terus terbakar. Selepas 20 minit, bomba hadir untuk memadamkan api…
Berita Global
Runtuhan pertama berlaku pada jam 9.50 pagi waktu tempatan di bandar Yashio dan mencipta jurang…
Berita Global
Pelaburan dijangka berjumlah 148.6 bilion yen (AS$970 juta), dengan rancangan untuk membina…