Jepun beri US$205 juta untuk kajian kapal terbang hidrogen

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun bercadang untuk memberikan bantuan bernilai 30.6 bilion yen atau US$205 juta bagi membantu kajian teknologi kapal terbang elektrik.

Sebanyak 17.3 bilion yen dari jumlah besar itu akan dikhususkan kepada pembangunan sistem sel bahanapi hidrogen sementara 13.3 bilion lagi untuk aplikasi-aplikasi termasuk teknologi kawalan enjin yang menjimatkan penggunaan tenaga.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat pesawat Airbus mengumumkan untuk menghasilkan kapal terbang komersil pertama dunia yang menggunakan tenaga hidrogen menjelang 2035.

Kerajaan Jepun mahu segera mencari calon-calon yang bakal menerima dana tersebut seawal tahun kewangan 2024 dan ujian prototaip pula seawal 2030.

Ini selari dengan hasrat negara matahari terbit itu untuk menjadi peneraju dalam standard antarabangsa sistem sel bahanapi untuk kapal terbang. 

Negara itu sudahpun menceburi bidang komponen pesawat di mana syarikat-syarikat Jepun membekalkan 35 peratus bahagian rangka pesawat dan 15 peratus komponen enjin untuk Boeing 787.

Berita lanjut di Nikkei Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Program subsidi ini bakal menampung kos sebanyak 700 yen (RM21.00) bagi setiap kilogram hidrogen,…
Berita Global
Syarikat automotif ketiga terbesar di Jepun ini dijangka mengumumkan keputusan kewangan tahunan…
Berita Global
Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, akan mula mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas komponen…