Sehingga kini, sudah lebih daripada 200,000 unit tempahan telah diterima oleh Ford dan mereka menjangkakan 80 peratus daripada jumlah tersebut akan membawa balik trak pikap itu ke rumah masing-masing.
Permintaan yang tinggi itu memaksa Ford untuk melakukan penstrukturan semula terhadap pelan produksi asal.
Menjelang pertengahan tahun 2023, Ford mahu menggandakan produksi trak pikap elektrik tersebut kepada 150,000 unit per tahun di mana angka tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan sasaran awal berjumlah 40,000 unit setahun, dan diubah kepada 80,000 unit menjelang awal tahun 2023.
Menurut laporan daripada Automotive News, wakil syarikat Ford tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana mereka mahu menggandakan produksi trak pikap tersebut, atau memerlukan pelaburan tambahan dan mencipta peluang pekerjaan baharu.
Apa yang pasti, berdasarkan respons yang memberangsangkan ini, rakyat Amerika Syarikat ternyata terbuka untuk menerima kehadiran trak pikap elektrik.
Malah, CEO Ford, Jim Farley turut menyatakan 70 peratus daripada tempahan yang diterima merupakan pelanggan baharu Ford dan juga pelanggan baharu trak pikap!
Baca: Ford F-150 Lightning
Baca: Ford F-150 Lightning Pro
Baca: Ford tutup tempahan F-150 Lightning
Baca: Ford F-150 Lightning boleh cas EV!
Sumber: Automotive News