Ford tutup tempahan trak pikap elektrik F-150 Lightning, tempahan lebih 200,000 unit!

oleh Mohamad Hanif|
Ford F-150 merupakan trak pikap saiz penuh yang sangat popular di Amerika Syarikat, dan nampaknya versi elektrik Ford F-150 Lightning turut menerima tempias yang serupa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Motor1, Ford dikatakan telah menutup terus tempahan bagi model F-150 Lightning 2022 baru-baru ini, dan berdasarkan dokumen dalaman yang diperoleh menerusi F150Gen14 Forum, tempahan bank akan dibuka pada Januari 2022.

Selain daripada itu, dokumen itu turut menyebut produksi trak pikap elektrik F-150 Lightning akan bermula pada musim bunga 2022 (antara Mac - Jun 2022), lebih awal daripada jangkaan asal pada pertengahan tahun 2022.
 

Ford F-150


Beberapa laporan terdahulu turut mendakwa Ford telah pun menerima lebih daripada 200,000 tempahan bagi model Lightning, menggambarkan sambutan yang cukup menggalakkan daripada para peminatnya.

Malah, CEO Ford Jim Farley juga mengesahkan kira-kira 70 peratus daripada pembeli F-150 Lightning sebenarnya merupakan pelanggan baharu jenama Blue Oval, dan beliau menjangkakan 80 peratus daripada tempahan yang diterima akan bertukar menjadi angka jualan sebenar.

Baca: Ford F-150 Lightning 2022
Baca: Ford F-150 Lightning Pro 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…
Berita Domestik
  "Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90,…