Lebih menarik perhatian apabila keempat-empat kereta ini dikatakan pernah digunakan di dalam francais filem Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay.
Koleksi tersebut dimulakan dengan sebuah Chevrolet Camaro 2010 yang membuat kemunculan dalam filem Dark of the Moon.
Ia dibina khas oleh General Motors di mana hadir dengan cermin sisi unik, reka bentuk muka depan yang tersendiri, serta menampilkan splitter depan, hud bespoke dan sayap belakang.
Sebuah lagi kereta ialah Mercedes-Benz SLS AMG yang turut membuat kemunculan dalam filem yang serupa.
Pada mulanya, unit SLS AMG ini dipinjamkan sendiri oleh jabatan akhbar Mercedes-Benz di Amerika Syarikat, dan ketika penggambaran dibuat ia dipandu oleh pelakon Rosie Huntington.
Jentera ketiga, Lamborghini Aventador 2014 yang muncul dalam filem Age of Extinction.
Aventador dengan warna khas Grigio Titans ini dibina secara khusus untuk pengarah Transformers (Michael Bay lah, siapa lagi), dan telah dipandu kurang dari 3,200 km.
Yang terakhir, Ford Mustang 'Barricade' - sebuah kereta peronda yang digunakan dalam filem The Last Knight.
Jentera ini telah menjalani modifikasi yang ekstrem, menampilkan warna Deep Impact Blue, liveri polis yang unik, serta kehadiran unit-unit lampu tambahan yang berfungsi sepenuhnya.
Harga untuk koleksi ini? Bermula dari $2 juta sahaja (RM8.41 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa).
Sumber: Curated