Filem Transformers terbaharu bakal menampilkan Nissan GT-R R33, Porsche 964!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat filem aksi sebenar Transformers sudah pasti tidak sabar menantikan kehadiran filem terbaharu yang dijadualkan tayangannya pada 24 Jun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sahaja ia akan menampilkan Optimus Prime dengan rekaan daripada siri G1, akan tetapi ia juga turut menampilkan kereta-kereta ikonik daripada era 90-an.

Berdasarkan gambar daripada Instagram Steven Caple Jr, pengarah filem Transformers: Rise of The Beast, kita dapat melihat kenderaan seperti Chevrolet Camaro (Bumblebee), Porsche 964 RS 3.8 (Mirage), VW Transporter T1 (Wheeljack) dan Ducati 916 (Arcee).
 

Transformers


Selain itu, untuk watak jahat pula menampilkan trak Mack berwarna gelap (Scourge), Nissan Skyline GT-R R33 (Nightbird), dan GMC Topkick yang tidak diketahui nama wataknya.

Seperti yang diberitakan sebelum ini, filem terbaharu Transformers tidak lagi diarahkan oleh Michael Bay, sebaliknya digantikan oleh Travis Knight untuk filem Bumblebee (2018), dan Steven Caple Jr untuk filem tahun 2022 itu.

Difahamkan, filem terbaharu ini mengambil tempat sekitar tahun 1994, dan ia sudah cukup untuk menerangkan sebab pemilihan kenderaan yang disebutkan tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih menarik perhatian apabila keempat-empat kereta ini dikatakan pernah digunakan di dalam…
Berita Global
Namun, di dalam filem prekuel Transformers Bumblebee yang ditayangkan pada tahun 2018, watak robot…
Berita Global
  Menurut seorang daripada anak muda itu yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang rekaan replika,…