Cipta replika "Transformers" terbesar dari kereta usang

oleh SALINA JALIL|
Sekumpulan anak muda (80 orang) di Baoding, wilayah Hebei, utara China memanfaatkan kemahiran mereka membina replika Transformers dengan hanya menggunakan bahagian kereta usang.

Ciptaan terbesar mereka ialah Optimus Prime yang mempunyai ketinggian lebih 12 meter.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut seorang daripada anak muda itu yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang rekaan replika, Quan Likun, mereka tidak mengeluarkan modal besar sebaliknya hanya menggunakan bahagian kereta yang sudah usang sebagai material utama.

 

"Bahan itu kami padankan bersama beberapa plat yang direka khas berdasarkan filem itu sebelum dipotong dan dikimpal.

 

"Ia nampak macam mudah, tetapi sebenarnya paling sukar apabila kita perlu memastikan pergerakan model dan arahan menyeluruh sebelum mendapatkan hasilnya yang terbaik," katanya dalam Global Times. 

 

Dalam rakaman video yang tular dari laman CGTN, replika Bumblebee mampu berfungsi membuat pertukaran bentuk sebaik seperti dalam siri fiksyen Transformers.

 

Pemuda itu berkata, mereka mengambil masa setahun untuk menyiapkan pembikinan replika terbabit.

 

Hasil ciptaan kumpulan anak muda itu menarik perhatian ramai hingga ramai warganet memuji kreativiti dilakukan mereka.

 

Malah ada antaranya mengingatkan kumpulan itu tentang kemungkinan pelanggaran harta intelek.

 

"Ini sesuatu yang sangat mengagumkan. Impian mereka ketika kecil akhirnya menjadi kenyataan," kata seorang warganet.

 

 

GlobalTimes

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengadakan sidang media selepas pembentangan…