Kegemaran beliau membawa kereta-kereta eksotik ketika latihan mungkin akan tamat menerusi ketibaan pengurus sementara pasukan Manchester United, Ralf Rangnick.
Menurut laporan daripada Mirror UK, pengurus pasukan berusia 63 tahun itu sebelum ini dilaporkan mengambil langkah ekstrem dengan mengarahkan para pemainnya untuk menggunakan kereta syarikat ketika menjalani latihan sewaktu berkhidmat di dalam pasukan RB Leipzig.
Teknik pengurusan Rangnick yang unik dan tegas itu berkemungkinan menyebabkan Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya bakal berhadapan dengan peraturan ketat yang serupa.
Ralf Rangnick terkenal dengan gaya kejurulatihannya dan beliau merupakan yang pertama di Jerman untuk menggaji seorang penganalisis video, selain meyakinkan pasukannya sebelum ini RB Leipzig untuk melabur £1 juta untuk Soccerbort, alat simulasi tercanggih yang membolehkan para pemain 'berlatih' di dalam simulasi 360 darjah.
Sumber: Mirror UK