CR7 ponteng latihan untuk tambah koleksi kereta, Ferrari Monza (RM8.20 juta)

oleh SALINA JALIL|
Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo mencetus kemarahan peminat The Old Lady apabila didakwa ponteng latihan semata-mata untuk melawat kilang Ferrari di Maranello.


Penyerang berusia 36 tahun itu mengambil keputusan berehat, sehari selepas Juventus tewas 0-3 kepada AC Milan sekali gus menyukarkan peluang mereka memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Skuad kendalian Andrea Pirlo tercicir dari kelompok empat teratas susulan kekalahan itu dan kini berada di kedudukan kelima dengan hanya berbaki tiga perlawanan liga.

 

Bintang Portugal itu tidak menyertai sesi latihan pemulihan menjelang kunjungan ke Sassuolo awal pagi esok, sebaliknya muncul di Maranello iaitu ibu pejabat pasukan Formula Satu (F1) Ferrari.

 

Dia ditemani pengerusi kelab, Andrea Agnelli dan John Elkaan, 45, yang juga CEO bagi Exor dan Ferrari.

 

Exor adalah syarikat yang diuruskan oleh keluarga Agnelli dalam mengendalikan Juventus dan Ferrari.

 

Ketika di Ferrari, Ronaldo bergambar bersama pemandu F1, Charles Leclerc dan Carlos Sainz, yang diberikan jersi Juve yang tertera namanya dan ditandatanganinya.

 

ferrari monza

 

Malah menurut laporan Corriere della Serra, Ronaldo menambah koleksi kenderaannya dengan membeli Ferrari Monza bernilai £1.4 juta (RM8.20j).

 

Kereta supercar milik Ronaldo itu adalah yang terbaru dalam koleksinya termasuk Bugatti Centodieci bernilai £8.5j (RM49.56j) serta Bugatti Chiron dan Veyron. 

 

 

 

Agensi

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kegemaran beliau membawa kereta-kereta eksotik ketika latihan mungkin akan tamat menerusi ketibaan…
Gaya Hidup
    Kereta itu dikatakan dicetus menerusi inspirasi sejarah Bugatti. Ia berwarna hitam dan…
Berita Global
Ronaldo, 36, menghabiskan hampir sepanjang tempoh kuarantin tahun lalu di Madeira dan dipercayai…