Ronaldo beli Bugatti Centodieci (harga RM48.7 juta), hanya 10 unit dikeluarkan

oleh SALINA JALIL|
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mahu menambah koleksi kereta eksklusifnya apabila membeli edisi istimewa Bugatti Centodieci yang dipercayai berharga kira-kira £8.5juta (RM48.7 juta).


Kereta itu amat istimewa kerana hanya 10 unit sahaja yang dipasang dan Ronaldo berjaya meraih satu daripadanya.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

rear look

 

Kereta itu dikatakan dicetus menerusi inspirasi sejarah Bugatti. Ia berwarna hitam dan putih, dengan enjin lapan liter W16. Kelajuan maksimumnya adalah 380 kilometer sejam dan boleh dipandu daripada 0 kepada 100 kmj dalam hanya 2.6 saat.

 

Ia kereta kedua dibeli ikon serangan Portugal berusia 36 tahun itu selepas kembali ke Old Trafford dari Juventus pada musim panas lalu. Bulan lalu, dia membeli kereta Bentley Flying Spur bernilai £164,000 (RM939,000).

Model itu dianggap sebagai "kemuncak kemewahan Bentley" dan Ronaldo sering dilihat memandunya ke kompleks latihan kelab AON Carrington.

 

 

Penyerang Manchester United itu mempunyai koleksi kereta menakjubkan termasuk tiga Ferrari, dua Lamborghini, dua Bugatti, dua McLaren, dua Rolls-Royce, satu Porsche 911 Turbo S, satu Koenigsegg CCX, satu Bentley Continental GT Speed, satu Range Rover Sport SVR di samping beberapa Audi dan Mercedes-AMG.

 

Antara kereta paling mahal dimiliki pemain bintang itu termasuk Ferrari Monza yang bernilai £1.4 juta (RM8 juta), Bugatti Veyron Grand Sport dinilai pada harga £1.7 juta (RM9.7 juta) dan Bugatti Chiron bernilai £2.15 juta (RM12.3 juta).

 

Apabila dia memindahkan beberapa keretanya dari kediaman di Turin pada awal musim panas lalu, desas-desus bertiup kencang mengenai kepulangannya semula ke Manchester yang akhirnya menjadi kenyataan.

 

Bagaimanapun, pesaingnya dalam dunia bola sepak, Lionel Messi dilaporkan membida AS$35.5 juta (RM148 juta) pada satu sesi lelongan untuk membeli 335 S Spider Scaglietti, yang menjadi kereta paling mahal di dunia pada 2016.

 

Laporan menyebut Ronaldo turut berminat untuk membeli kereta itu namun tidak berjaya.

 

Rekod terdahulu bagi kereta paling mahal di dunia adalah AS$25.3 juta (RM105.5 juta) menerusi jualan kereta Mercedes W196 1953.

 

cr7 with lambo

 

 

 

TheSun

Berita Berkenaan

Berita Global
Kegemaran beliau membawa kereta-kereta eksotik ketika latihan mungkin akan tamat menerusi ketibaan…
Berita Global
  Skuad kendalian Andrea Pirlo tercicir dari kelompok empat teratas susulan kekalahan itu dan kini…
Berita Global
Ronaldo, 36, menghabiskan hampir sepanjang tempoh kuarantin tahun lalu di Madeira dan dipercayai…