Lee Price III telah menggunakan pinjaman daripada Paycheck Protection Program (PPP) untuk membeli sebuah Lamborghini Urus, Ford F-350 dan beberapa item yang tidak diluluskan di bawah program tersebut.
Menurut US Department of Justice, Lee Price III pada awalnya berjaya memohon dana berjumlah $2.6 juta dengan memalsukan bilangan pekerja dan menggunakan tiga identiti yang berbeza sebelum sekadar mendapat sekitar $1.6 juta sahaja.
Namun, Price juga dilaporkan menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia di dalam permohonan beliau, selain memalsukan rekod cukai.
Price mengaku bersalah atas tuduhan penipuan dan penggubahan wang haram, dan dijatuhkan hukuman penjara selama 110 bulan.
Pihak berkuasa juga turut merampas aset bernilai lebih daripada $700,000 yang telah diperoleh secara tidak sah.
Di bawah Coronavirus Aid, Relief and Economic Security (CARES) Act, dana tersebut diperuntukkan untuk menampung kos gaji, faedah gadai janji, utiliti dan sewa bagi perniagaan yang terjejas ketika pandemik.
Sumber: US Department of Justice