Sumbangan tersebut disalurkan kepada para petugas baris hadapan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Selain daripada itu, menerusi stesen minyak di seluruh negara, Shell Malaysia turut mengagihkan barangan keperluan kepada komuniti lokal dan petugas baris hadapan yang turut merangkumi peralatan seperti lampu dan kipas untuk kegunaan khemah sementara.
Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "kami mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh petugas-petugas rakyat Malaysia yang serba berani ini, dan kami berharap sumbangan ini mampu memberikan sokongan yang diperlukan.
"Kami juga turut mempunyai barisan petugas hadapan yang tersendiri yang bekerja setiap hari untuk menjaga keperluan para pelanggan, serta memastikan hero negara mampu bertugas demi keselamatan setiap rakyat Malaysia.
Selain daripada sumbangan berbentuk peralatan perubatan dan barangan keperluan, Shell dan BonusLink juga turut memperkenalkan inisiatif yang membolehkan pengguna kad BonusLink menderma dalam bentuk mata ganjaran yang terkumpul.
Bermula 2 sehingga 7 April 2020, ahli kad BonusLink boleh menyumbang minimum 100 mata ganjaran (bersamaan RM1) yang akan disalurkan kepada Dana COVID-19 untuk pembelian peralatan perubatan, pakaian pelindung dan barangan lain yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.