Kes ketiga salah guna dana COVID-19 - warga US beli Kia Stinger, kapal layar, rumah!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kes pertama dan kedua melibatkan salah guna wang bantuan COVID-19, satu lagi kes ketiga di kesan di Amerika Syarikat menggunakan modus operandi yang serupa.
Modenas

Seorang lelaki Kenneth Gaughan, 41 tahun telah ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menyalahgunakan wang PPP dan Economic Injury Disaster Loans sebanyak $2.1 juta (RM8.81 juta).

Berdasarkan laporan daripada Business Insider, Gaughan dilaporkan menghantar tuntutan bagi beberapa buah syarikat bagi membolehkan beliau membeli sebuah Kia Stinger 2020, sebuah kapal layar dan rumah untuk kegunaan peribadi.

Namun, kegembiraan beliau tidak kekal lama apabila tindakannya berjaya dihidu pihak berkuasa, di mana kereta dan kapal layar tersebut telah berjaya dirampas.

Gaughan kini didakwa atas tuduhan penipuan bank, mencuri dana kerajaan, penipuan transaksi serta money laundering.

Sementara rumah yang dibelinya itu kini sedang di dalam proses perampasan aset sivil (civil forfeiture).

Kali pertama kes penyalahgunaan dana COVID-19 adalah melibatkan seorang lelaki Florida yang berjaya mendapatkan dana sebanyak $3.9 juta (RM16.35 juta) untuk membeli sebuah Lamborghini Huracan.

Awal bulan lalu, seorang lelaki Texas pula berjaya ditahan pihak berkuasa atas kesalahan yang sama dengan membeli sebuah Lamborghini Urus, jam tangan Rolex dan sebuah trak F-350.

Sumber: Department of Justice melalui Business Insider

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  "Bermula April hingga Disember tahun lalu, sebanyak RM61.96 juta dikutip JPJ seluruh negara…