Masalah elektronik jejas tahap kebolehpercayaan terhadap EV - Consumer Reports

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan kajian terbaharu yang dijalankan oleh Consumer Reports, mereka mendapati SUV berkuasa elektrik merupakan antara kenderaan yang paling kurang dipercayai di kalangan para pemiliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah disebabkan oleh trenkuasa elektrik itu sendiri, sebaliknya CR mendakwa ia adalah disebabkan kelengkapan elektronik seperti kawalan iklim dan kelengkapan kuasa yang mudah terdedah kepada gangguan dan masalah.

Daripada tinjauan yang dijalankan terhadap pelanggan majalah dan laman web, Tesla Model X, Tesla Model Y, Audi E-Tron dan Volkswagen ID.4 merupakan antara kenderaan yang cenderung mempunyai masalah selain daripada trenkuasa elektrik.

Secara kontras, kenderaan hibrid dan plug-in hybrid menjuarai kategori kenderaan yang boleh dipercayai, diterajui oleh Toyota Prius, Toyota Prius Prime dan Honda Insight.

Daripada senarai 10 pengeluar teratas, jenama Jepun seperti Lexus, Mazda, Toyota dan Infiniti menguasai lapan tempat, sementara Buick menduduki tangga kelima dan MINI pula di tangga ke-10.

Daripada senarai lima pengeluar tercorot, Lincoln menduduki tangga ke-28 diikuti oleh Tesla, Jeep, Genesis dan juga Volkswagen.
 

GX


Lexus GX merupakan kenderaan yang paling dipercayai di dalam tinjauan tersebut, diikuti Kia Niro EV, Toyota Prius Prime, Toyota Prius dan Cadillac XT5.

Sementara lima kenderaan yang kurang dipercayai termasuklah Mercedes GLE, Ford Explorer, Ford Mustang, Chevrolet Silverado, GMC Sierra 1500 dan Chevrolet Corvette.

Menurut Jake Fisher, pengarah kanan pengujian automotif Consumer Reports, "kenderaan elektrik dengan kandungan komponen bergerak yang lebih rendah seharusnya lebih dipercayai jika dibandingkan dengan kenderaan petrol (dan diesel).

Jelas beliau lagi, SUV elektrik yang dilengkapi dengan ciri termaju seperti pemegang pintu elektrik, corong pendingin hawa kawalan automatik dan ciri-ciri moden yang lain lebih cenderung untuk mendatangkan masalah.

Jenama Lexus menduduki tangga teratas disebabkan ia merupakan antara jenama yang benar-benar konservatif dalam membawakan enjin, transmisi dan teknologi baharu.

Malah menurut Fisher lagi, jenama itu juga merupakan antara yang terakhir membawakan kemaskini Apple CarPlay dan Android Auto, serta agak perlahan untuk membawakan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
 

Tesla


Sebut pasal transmisi, Fisher turut menyebut lebih banyak masalah dilaporkan oleh pengguna yang memiliki kenderaan bertransmisi lapan, sembilan, dan 10 nisbah kelajuan yang asalnya direka untuk penjimatan bahan api, khususnya di kalangan model Hyundai, Kia, Subaru dan Toyota.

Tesla menduduki tangga hampir tercorot disebabkan masalah yang dilaporkan oleh pemilik seperti perisian, kebocoran, masalah trunk sukar ditutup dan aspek perlindungan terhadap cuaca yang tidak memadai.

Menurut Fishier, tahap kebolehpercayaan sesebuah kenderaan adalah lebih penting disebabkan masalah kekurangan alat ganti untuk menyelesaikan masalah.

"Dengan membeli sebuah kereta yang boleh dipercayai, ia mampu membantu anda untuk melakukan perjalanan pada bila-bila masa, dan tidak perlu risau kemungkinan terpaksa menunggu alat ganti untuk tempoh yang lebih lama.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Jake Fisher, pengarah pengujian kenderaan Consumer Report menerangkan jumlah masalah yang lebih…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…