Kia EV6, Nissan LEAF, Tesla Model 3 antara EV yang paling dipercayai – Consumer Reports

oleh Mohamad Hanif|
Dunia sudah pun mempunyai barisan pengeluar kenderaan elektrik – baik untuk segmen marhaen hinggalah kepada segmen kenderaan mewah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan tinjauan terbaharu yang dikeluarkan oleh Consumer Reports (CR).

Menurut CR, model kenderaan elektrik yang paling dipercayai jatuh kepada Kia EV6 di tempat pertama, diikuti oleh Tesla Model 3 di tangga kedua dan Nissan LEAF di tangga ketiga.
 

EV


CR mengumpulkan maklumat daripada ratusan ribu pemilik dari seluruh dunia, dan kebanyakan pemilik Tesla Model 3 dan Nissan LEAF berjaya membuktikan kenderaan mereka sangat dipercayai dan tidak berdepan dengan pelbagai masalah yang ketara.

Jelas laporan itu lagi, kedua-dua model yang disebutkan tadi mempunyai kurang masalah dengan sistem bateri, motor elektrik serta sistem pengecasan.
 

Tesla


Namun begitu, Tesla Model 3 mungkin merupakan satu pengecualian memandangkan kebanyakan pemilik Model Y mengadu kereta tersebut mempunyai banyak masalah walaupun ia berkongsi platform yang sama dengan sedan Model 3.

Malah model-model Tesla lain seperti Model S dan Model X masing-masing mencatatkan skor kebolehpercayaan di bawah nilai purata, walaupun Tesla telah melakukan pelbagai perubahan yang signifikan untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber: Consumer Reports

Berita Berkenaan

Berita Global
Jake Fisher, pengarah pengujian kenderaan Consumer Report menerangkan jumlah masalah yang lebih…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…
Berita Global
Namun, satu perkara yang membelenggu kebanyakan pengguna adalah ketidakseragaman nama yang…