Kenderaan EV banyak masalah, tetapi bukan kerana ia elektrik!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan elektrik (EV) dilaporkan 79 peratus lebih banyak masalah berbanding dengan kenderaan genre lain.

Menurut artikel dari CNN, laporan tahunan Consumer Report yang terkini berkaitan boleh tidaknya diharap kenderaan (auto reliability) menunjukan EV memang mempunyai lebih banyak masalah tetapi ia bukan disebabkan oleh penggunaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jake Fisher, pengarah pengujian kenderaan Consumer Report menerangkan jumlah masalah yang lebih tinggi pada EV dikaitkan kepada beberapa sebab di bawah:

- Kebanyakan EV adalah model baharu dan model baharu, tidak kira tenaga apa yang digunakan sebagai trenkuasa, memang akan mempunyai kadar masalah yang lebih tinggi.

- Kenderaan genre EV kebanyakan adalah model premium dengan pelbagai kelengkapan canggih dan ini membuka risiko kerosakan atau kegagalan yang lebih tinggi.

Fisher kemudian menerangkan masalah yang sama boleh dihadapi oleh mana-mana pengeluar kenderaan sekiranya mereka telah membina EV selama 100 tahun dan tiba-tiba mereka terpaksa menghasilkan kenderaan dengan enjin petrol.

"Masalah dengan bateri dan pengecasan tetap wujud tetapi ia lebih kepada kerana mereka belum fasih dengan EV," sambungnya.

Laporan lengkap di CNN.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…