6 syarikat kereta setuju berhenti hasilkan kenderaan berenjin menjelang 2040

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan British mendakwa enam syarikat automotif bersetuju untuk memberhentikan pembuatan kenderaan dengan enjin bahan api minyak di seluruh dunia menjelang tahun 2040.

Namun begitu, sumber Reuters berkata syarikat automotif utama seperti Toyota dan Volkswagen tidak termasuk di dalam persefahaman itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, syarikat-syarikat kenderaan dari China, US dan Jerman juga tidak menyokong kenyataan itu, menandakan perubahan dari penggunaan bahan api minyak ke elektrik masih lagi mencabar.

Antara yang bersetuju untuk menghentikan pembuatan kenderaan berenjin minyak sempena perbincangan berkaitan cuaca (COP26) di Glasgow, UK ialah:

  • Ford
  • General Motors
  • Volvo
  • Mercedes-Benz
  • BYD dari China
  • Jaguar Land Rover

Volvo sebenarnya sudah pun mengumumkan ia akan menghasilkan EV sahaja menjelang 2030.

Syarikat-syarikat automotif yang besar mempunyai pelbagai pasaran dan bukan hanya bertumpu kepada kenderaan mewah sahaja. Perubahan ke arah kenderaan elektrik (EV) adalah lebih mudah untuk pasaran mewah.

Dalam masa dunia barat mahu terus bertukar kepada EV, kepentingan negara-negara lain dalam membuat perubahan ini juga perlu diambil kira kerana EV akan mengubah bukan hanya ekosistem pengangkutan sesebuah negara, tetapi penerimaan dari pihak pengguna sendiri.

Laporan penuh di Nikkei Asia 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…