Menurut laporan daripada Malaysiakini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu menjelaskan beliau akan mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai satu penambahbaikan untuk diri sendiri dan kakitangannya.
Tambah beliau, kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga telah dipanggil memberikan keterangan beliau.
"Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.
"Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat," katanya.
Dalam laporan terdahulu, sumber memberitahu pemandu Toyota Alphard berwarna hitam itu dikatakan sedang berkejar untuk ke lapangan terbang dan memotong kenderaan di hadapannya ketika laluan tersebut mempunyai dua garisan putih berkembar.
Sumber: Malaysiakini