BMW G 310 R, G 310 GS 2021 kini di Malaysia - dari RM27,500

oleh Mohamad Hanif|
Model motosikal paling mampu milik dari BMW Motorrad Malaysia kini rasmi dilancarkan, iaitu BMW G 310 R dan BWM G 310 GS beserta dengan model '40 Years Edition'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah model yang sporti, BMW G 310 R  membawakan persamaan visual kepada model BMW S 1000 R yang lebih sporti, namun direka sesuai untuk kegunaan seharian.
 

310 R


Sementara BMW G 310 GS pula membawakan rupa paras GS yang asli seperti cermin hadapan yang lebih tinggi, fender hadapan, bahagian belakang yang tinggi - kesemua elemen yang terdapat pada model BMW R 1250 GS yang lebih besar.

Model BMW G 310 GS '40 Years Edition' pula didatangkan dengan layangan warna gandingan hitam dan kuning yang diinspirasikan daripada model lagenda BMW R 100 GS.
 

GS


Ketiga-tiga varian ini dilengkapi dengan enjin silinder tunggal bersesaran 314 cm3 sejukan cecair dengan dua aci sesondol overhed dan sistem pancitan bahan api elektronik, menghasilkan 34 kuasa kuda @ 9,500 rpm dan daya kilas maksimum 28 Nm @ 7,500 rpm.

Antara penambahbaikan terhadap model aras mula ini termasuklah pendikit kawalan elektronik yang menawarkan respon pendikit yang lebih sensitif, diikuti dengan ciri kelajuan melahu automatik, klac anti-hopping, serta tuil klac boleh laras empat tetapan untuk tahap ergonomik yang lebih baik.
 

310 R


BMW G 310 GS ditawarkan dalam tiga warna iaitu Kyanite Blue Metallic, Polar White dan Cosmic Black (40 Years Edition), sementara BMW G 310 R ditawarkan dalam warna tunggal Limestone Metallic (Style Sport).

Harga jualan adalah seperti berikut:
BMW G 310 R:                                   RM 27,500.00
BMW G 310 GS:                                 RM 29,500.00
BMW G 310 GS ’40 Years Edition’:    RM 31,500.00

Dengan pelan pembiayan BMW Group Financial Services Malaysia dengan pinjaman 80 peratus untuk tempoh empat tahun, bayaran bulanan adalah seperti berikut:

BMW G 310 R:                                    RM460.00
BMW G 310 GS:                                 RM490.00
BMW G 310 GS '40 Years Edition':    RM520.00

Berita Berkenaan

Berita Global
Teknologi itu didedahkan pada acara eksklusif di BMW Enduro Park Hechlingen, Munich, dengan…
Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…