Sebelum menyertai Volvo Car Malaysia, Frump sebelum ini memegang jawatan seabgai Pengarah Urusan Volvo Auto India sejak tahun 2017 dan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan bahagian pasaran dan pendapatan Volvo di dalam segmen kereta mewah yang kompetitif di India.
Frump menyertai Volvo Cars bermula tahun 2009 sebagai Pengarah Pemasaran di Volvo Car Japan, dan memiliki pengalaman lebih daripada 20 tahun di dalam pasaran berbeza di Asia, Amerika Syariakt dan Eropah.
Beliau memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Pemasaran Antarabangsa dari UCLA Anderson School of Management, Amerika Syarikat, selain menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang ekonomi dan matematik dari St. Olaf College, Minnesota, Amerika Syarikat.
Memberikan komen berkenaan pelantikannya sebagai Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Frump berkata, "Saya teruja untuk memulakan perjalanan saya dengan Volvo di pasaran baharu. Saya melihat Malaysia sebagai persimpangan kepada tempat-tempat yang pernah dilalui, dan saya berharap agar dapat bekerjasama rapat dengan pasukan tempatan untuk membina kekuatan kami.
Frump akan memainkan peranan penting dalam mengemudi Volvo Car Malaysia sebagai peneraju kenderaan elektrik premium di Malaysia, apatah lagi Volvo kini menjadi jenama automotif pertama di negara ini yang mempunyai barisan PHEV lengkap untuk semua model kereta semenjak pelancaran rasmi XC40 PHEV pada Februari lalu.