Volvo Car Manufacturing Malaysia lantik Gao Feng sebagai Pengarah Urusan baharu

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Manufacturing Malaysia mengalu-alukan kehadiran Pengarah Urusan baharu, Gao Feng bagi menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Xiao Liming (April 2019-Mac 2022).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gao Feng sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar di kilang Volvo Taizhou sejak tahun 2016 di mana beliau memainkan peranan yang cukup penting terutama pelancaran model-model baharu Volvo di rantau tersebut.

Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dari Institut Teknologi Harbin, China sudah mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri automotif.

"Saya amat teruja untuk memulakan lembaran baharu dengan Volvo Cars di Malaysia. Dengan pengenalan Volvo XC40 Recharge Pure Electric baru-baru ini, saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk menghasilkan lebih banyak EV di sini untuk dieskport ke rantau ASEAN," ujarnya.