Hino Malaysia lantik Hiroshi Takahashi sebagai Pengarah Urusan baharu

oleh Penyumbang Rencana|
Hino Motors Sales (Malaysia) baru-baru ini melantik Hiroshi Takashi sebagai Pengarah Urusan baharu, menggantikan Atsushi Uchiyama dan secara rasmi memulakan peranannya pada 1 Oktober 2023.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama 2 dekad, beliau telah memulakan perkhidmatan kerjayanya di Hino Motors LTD, Jepun, pada tahun 2004.

Sepanjang tempoh 16 tahun di sana, beliau telah berkhidmat kepada perancangan selepas jualan dan jabatan perancangan jualan kenderaan baharu, selain menyokong Kyushu-Hino Motors, salah satu pengedar terbesar Jepun, selama 3 tahun.

Melangkah ke peranan baharunya di Hino Malaysia, Takahashi bercita-cita meningkatkan amalan operasi sedia ada melalui dalaman dan luaran, dengan menekankan pada jualan kenderaan dan usaha selepas jualan.

Usaha ini penting untuk memastikan kepuasan pelanggan, peniaga dan pengedar Hino sebagai rakan niaga untuk kejayaan bagi jangka masa panjang dalam perniagaan.

 

Penulis: Firdaus Razani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn…
Berita Domestik
Dua outlet tersebut terdiri daripada UP Service Center Sdn Bhd (UP Service) yang terletak di…