Hyundai buka tempahan Kona 1.6 Turbo N Line, 1.6 Turbo, pelancaran bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pelancaran rasmi pada bulan ini, Hyundai-Sime Darby Motors hari ini membuka tempahan bagi dua varian tertinggi crossover Hyundai Kona, iaitu Kona 1.6 Turbo N Line serta Kona 1.6 Turbo.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Penawaran Hyundai Kona 1.6 Turbo N Line merupakan model N Line yang pertama dibawakan untuk pasaran Malaysia, dengan beberapa penambahbaikan dari segi penggayaan dan juga prestasi pengendalian yang dibantu dengan penggunaan tayar yang premium.

Selain daripada itu, varian turbo ini juga turut mendapat kelengkapan Hyundai Smartsense yang menyeluruh dari segi keselamatan aktif dan teknologi bantuan pemanduan, sekaligus membolehkan kedua-dua varian 1.6 T-GDi ini memenuhi piawaian keselamatan Eropah yang tertinggi.

 

 


Dari segi kuasa, varian Kona terbaharu ini didatangkan unit enjin Smartstream G1.6 T-GDi yang berupaya menghasilkan 198 PS dan 265 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar Smartstream 7DCT dengan tujuh nisbah kelajuan.

Unit enjin Smartstream ini mampu menawarkan prestasi yang lebih dinamik, pemanduan yang lebih lancar, pengurangan pelepasan emisi dan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Ia sekaligus meletakkan Kona varian tertinggi ini sebagai crossover segmen B dengan penawaran enjin yang paling berkuasa di dalam kelasnya.

 


Versi Kona N Line ternyata jauh lebih sporti dengan elemen yang diinspirasikan darupada sukan permotoran, pemasangan cladding warna badan, serta rekaan roda dengan potongan berlian.

Selain daripada itu, Kona 1.6 Turbo N Line ini turut mendapat fungsi pemanasan dan ventilasi pada tempat duduk, jahitan kontras merah, pedal logam, serta logo N pada tombol gear, roda stereng dan tempat duduk.

Tempahan kini dibuka menerusi platform membeli belah dalam talian Hyundai, Cl!ck to Buy di alamat https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/ atau dengan menghubungi mana-mana pusat pameran sah Hyundai, atau dail Customer Careline Hyundai di 1-300-12-2000.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV GAC AION Y Plus 2024 diperkenalkan semasa Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang dan hadir…
Berita Domestik
Acara anjuran MARii ini akan berlangsung di tapak pameran MAEPS di Serdang. Di bawah ialah antara…
Model Terbaharu
Kia EV9 merupakan pemenang anugerah berprestij seperti World Car of The Year 2024 dan juga…