Malaysia AutoShow 2024 - Lebih dari 45 pelancaran kenderaan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih dari 45 pelancaran kereta dan motosikal bakal berlangsung dalam pameran Malaysia AutoShow 2024 (MAS 24) yang akan berlangsung dari 22 ke 26 Mei minggu ini.

Acara anjuran MARii ini akan berlangsung di tapak pameran MAEPS di Serdang. Di bawah ialah antara fakta-fakta menarik berkaitan acara tahunan tersebut.

1. Ruang pameran seluas 40,000 meter persegi

2. Lebih kurang 200 jenama dan syarikat akan mempamerkan produk mereka

3. Ada 10 dewan pameran dan kawasan-kawasan aktiviti

4. Lebih dari 100 kenderaan dan motosikal yang boleh dicuba oleh pengunjung

5. Laluan pandu uji sejauh 15 km (jarak keseluruhan)

6. Laluan offroad untuk pengunjung gunakan bagi menguji kenderaan 4X4

7. Kelulusan segera untuk insentif Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

8. EV Pavilion untuk pameran EV terkini (termasuk Cybertruck)

9. Faedah pinjaman automotif rendah dari pelbagai bank (Ambank, RHB Bank, Hong Leong Bank, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Bank, AEON Credit, Affin Bank)

10. Pameran campervan dan kenderaan militari

11. Festival Makanan (Gourmet) dengan lebih dari 200 jenis makanan untuk dicuba

12. Hadiah berjumlah lebih dari RM500,000 untuk dimenangi

Untuk info lanjut dan tiket, sila layari www.autoshow.my 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dua darinya ialah caravan treler, satu dengan kapatisi tempat tidur untuk empat orang berharga…
Pelancaran Motosikal
Suzuki GSX-S1000GX (RM89,900)     Muncul buat kali pertama di acara pameran EICMA 2023, Suzuki…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…