Terbaharu, Land Rover terpaksa menghentikan seketika pengeluaran model-model baharu Defender dan Discovery disebabkan masalah yang sama.
Menurut laporan daripada Autocar, pengeluar automotif British itu menghentikan seketika produksi di kilang Nitra, Slovakia yang memiliki kapasiti pengeluaran 150,000 setahun itu.
Wakil JLR memberitahu, syarikat itu sememangnya menghadapi masalah disebabkan isu bekalan cip semikonduktor dan pandemik COVID-19, sekaligus menjejaskan jadual produksi mereka.
Wakil itu menambah, JLR kini sedang bekerja keras dengan para pembekal untuk menyelesaikan masalah tersebut dan meminimumkan impak kepada tempahan pelanggan, namun tiada sebarang garis masa didedahkan berhubung isu tersebut.
Sumber: Autocar