Daihatsu tangguh produksi di Jepun hingga akhir Januari 2024 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar kei car Daihatsu dilapor telah menghentikan produksi kenderaan di empat buah kilangnya di Jepun, sekurang-kurangnya sehingga akhir Januari 2024.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang turut melibatkan model-model daripada jenama Toyota dan juga Perodua.

Penangguhan produksi yang dilakukan oleh Daihatsu bakal menjejaskan kira-kira 8,000 syarikat pembekal, di mana Daihatsu berjanji akan memberikan pampasan kepada semua 423 syarikat pembekal domestik.

Minggu lalu, pihak kementerian pengangkutan Jepun telah menyerbu ibu pejabat Daihatsu di Osaka berikutan pendedahan manipulasi dan penyelewengan ujian keselamatan yang dibuat sejak 1989.

Siasatan pihak ketiga mendapati terdapat 174 isu yang telah dikenal pasti melibatkan 64 buah model, termasuk beberapa buah model kenderaan yang dijual di bawah jenama Toyota.

Menurut Toyota, siasatan yang dilakukan oleh pihak ketiga itu mendapati unit kawalan beg udara yang digunakan semasa ujian nahas adalah berbeza berbanding unit yang digunakan pada kenderaan yang dijual pada orang ramai.

Walaupun unit ujian lain didapati memenuhi piawaian industri, keputusan ujian pelanggaran sisi bagi model Daihatsu Cast dan Toyota Pixis mungkin tidak mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Reuters melaporkan pengeluar automotif Malaysia Perodua telah pun menyambung semula produksi kenderaan mereka di Malaysia selepas mendapat kelulusan kawal selia.

Sumber: Japan Times, Reuters

Berita Berkenaan

Tekno Careta
    Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…