Sebagai penghormatan kepada unit jam pertama ini, Luminox baru-baru ini melancarkan edisi terhad berwarna kelabu 3001.EVO.Z.SET yang dihasilkan sebanyak 400 unit sahaja.
Unit 3001.EVO.Z.SET ini menampilkan kemaskini rekaan yang dinaiktaraf di mana komponen seperti bezel, casis dan dial diberikan penampilan yang lebih moden.
Disebalik casis CarbonoxTM 43 mm, jam tangan ini membawakan rekaan dial yang bertekstur diserikan dengan penggunaan fon angka yang lebih moden, sebelum dilindungi oleh kaca mineral yang diperkukuh, dan mampu bertahan di bawah 200 meter permukaan air.