Audi RS6 Johann Abt Signature Edition - wagon 790 hp, 1,000 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk peminat wagon terutamanya Audi RS6, penala terkenal Abt Sportsline telah memperkenalkan pakej naiktaraf yang dinamakan sebagai Johann Abt Signature Edition, bersempena nama pengasasnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya 64 unit sahaja Audi RS6 Johann Abt yang akan diproduksikan dan malang sekali, kesemua unit telah pun habis terjual.

 


Pakej naiktaraf tersebut merangkumi modifikasi terhadap enjin asal 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar, di mana ia kini mampu menghasikan 790 kuasa kuda dan 1,000 Nm.

Peningkatan daripada kuasa asal 591 hp dan 800 Nm itu berjaya dicapai menerusi menggunaan unit pengecas turbo baharu, intercooler yang lebih besar, penambahan sistem penyejukan jenis minyak, ECU dan juga sistem ekzos bespoke.

 


Kesemua ini membolehkan wagon pantas ini memecut dalam tempoh 2.91 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan 200 km/j dalam 9.79 saat, atau 300 km/j dalam tempoh 28.35 saat.

Penampilan luar Audi RS6 ini dikemaskan dengan kit badan unik yang merangkumi aksen gentian karbon merah gelap badap bahagian depan, belakang, skirt sisi, serta cermin sisi.

 


Trim gentian karbon merah ini juga boleh didapati pada ruang kabin termasuklah pada bahagian tempat duduk, pintu, serta perehat tangan.

Ya, harus kami ingatkan sekali lagi, kesemua unit Audi RS6 ini telah pun mempunyai pemilik masing-masing.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah tersebut dikatakan…
Berita Global
Namun, akronim tersebut turut digunakan oleh pengeluar lain seperti contoh Pontiac GTO, Mitsubishi…