Kempen recall tukar enjin Lamborghini Urus, serta SUV pantas Porsche dan Audi!

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak tiga kempen panggil semula yang berasingan dikeluarkan atas satu punca yang serupa, iaitu kemungkinan berlakunya keretakan pada lubang silinder enjin yang boleh mengakibabtkan kerosakan blok enjin, kebakaran dan mengakibatkan enjin kehilangan kuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah tersebut dikatakan berpunca daripada kesilapan terhadap proses tuangan ketika pembikinan blok enjin dari pembekal Nemak Europe, Jerman.

Antara model yang terjejas dengan masalah ini termasuklah 4 unit Lamborghini Urus (dibina antara 6-21 Oktober 2020), 15 unit model Audi (RS6, RS7, SQ7, SQ8, dan RS Q8 2021) serta 12 unit Porsche Cayenne Turbo 2021, Porsche Cayenne GTS dan Cayenne GTS Coupe.

Kesemua model yang disebutkan diatas bakal mendapat enjin gantian serba baharu.

Sumber: NHTSA menerusi CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PHSAM menggesa supaya pemilik terlibat untuk menghubungi pusat pusat Audi Centre berhampiran untuk…
Berita Global
Menurut laman web rideapart.com, unit-unit yang mempunyai masalah dengan penyambung (strut) sistem…
Berita Global
Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes…