Audi RS6 GTO - tribut kepada jentera lumba 90 Quattro IMSA GTO 1989

oleh Mohamad Hanif|
GTO atau nama panjangnya Gran Turismo Omologato merujuk kepada model-model kereta yang dihasilkan mengikut syarat homologasi perlumbaan yang telah ditetapkan, seperti contoh Ferrari 250 GTO.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, akronim tersebut turut digunakan oleh pengeluar lain seperti contoh Pontiac GTO, Mitsubishi Galant GTO, dan juga HSV GTO.

Akronim GTO ini juga sebenarnya turut digunakan oleh Audi menerusi model 90 Quattro IMSA GTO yang hanya digunakan untuk musim perlumbaan 1989.

 


Model tersebut dibangunkan untuk perlumbaan IMSA GT Championship 1989 dan menggunakan enjin lima silinder sebaris 2.2 liter dengan bantuan turbo besar KKK yang mampu menjana 771 kuasa kuda dan 720 Nm.

Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda yang mampu memecut sepantas 3.1 saat (0-100 km/j) sebelum mencapai kelajuan tertinggi 310 km/j.

 


Jadi, bersempena dengan ulang tahun yang ke-40 Quattro, Audi mempunyai satu lagi kejutan selain daripada model TT RS 40 Years of Quattro, iaitu sebuah konsep super wagon Audi RS6 GTO.

Tidak banyak informasi yang diperoleh berkenaan model super wagon ini, selain menampilkan liveri dan posisi ekzos tepi yang diinspirasikan daripada jentera lumba GTO 1989 itu tadi.

 


Ruang kabin juga turut menerima modifikasi pemasangan sangkar keselamatan yang memerlukan tempat duduk belakang dibuang, sementara pemandu diberikan tempat duduk rangka gentian karbon dan harness perlumbaan.

Setakat ini ia hanya sekadar sebuah model konsep yang dihasilkan oleh para aprentis Audi sebagai tribut kepada model 90 Quattro IMSA GTO di bawah pemantauan ketua unit rekaan Audi March Lichte.

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 64 unit sahaja Audi RS6 Johann Abt yang akan diproduksikan dan malang sekali, kesemua unit…
Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah tersebut dikatakan…