Ini kerana dalam masa tiga minggu selepas pelancaran rasmi, trak pikap F-150 Lightning itu berjaya memperoleh kira-kira 100,000 unit tempahan, berdasarkan laporan daripada The New York Times.
Untuk tempoh 12 jam pertama selepas pelancaran, Ford berjaya merekodkan 20,000 tempahan, dan angka tersebut meningkat kepada 44,500 unit dalam tempoh 24 jam dan 70,000 unit selepas lapan hari.
Dari segi kuasa, F-150 Lightning mendapat motor elektrik berkembar yang memacu semua roda, di mana versi standard berupaya menghasilkan 426 hp dan versi paling berkuasa pula datang dengan output 563 hp.
Dengan daya kilas sebesar 1,051 Nm, trak pikap elektrik ini mampu memecut bawah empat saat dari 0-96 km/j, keupayaan menunda beban seberat 3,175 kg sehingga 4,536 kg (versi lebih berkuasa), serta had muatan sehingga 907 kg.
Sumber: The New York Times